- Pasangan suami isteri harus menghayati peranan masing-masing dalam membina kerukunan rumahtangga.Ingatlah bahawa tujuan pokok perkahwinan ialah mencapai sakinah(ketenangan) dan saling berkasih sayang, bertolak ansur serta bersikap rahmah atau dalam ungkapan lain mawaddah warahmah.
- Sentiasa meletakkan di hadapan bahawa manusia sehebat manapun tetap ada kekurangan dan kelemaham.Bukalah mata terhadap kebaikan pasangan dan pejam-pejamkanlah dari kekurangannya.
- Carilah pahala dalam keluarga kita dengan melakukan pekerjaan mengurus keluarga dan anak-anak seikhlas hati kerana mengharapkan pahala dan keredaan allah SWT.
- Sentiasa berlapang dada menghadapi ujian dan masalah harian.
- Jadikan pasangan teman rapat untuk berbincang dan bertukar fikiran demi mencari penyelesaian yang terbaik.
"Dan bertolong bantulah kamu di atas kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bertolong bantu diatas perkara dosa dan permusuhan"
Tuesday, 20 November 2012
Baiti Jannati
Labels:
Kekeluargaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment