Idea penubuhan koperasi ini bermula hasil perbincangan anak-anak Allahyarham Haji Mohd Alias sekitar tahun 2010 yang lepas.Tujuan utama penubuhan ialah untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan menyatukan kesemua anggota di bawah satu entiti demi manfaat bersama.Sehingga kini jumlah keanggotaan koperasi ini sudah hampir mencecah 50 orang yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya.Untuk memantapkan pengurusan dan perjalanan koperasi, beberapa orang anggota teras telah dan sedang mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dari masa ke semasa.Koperasi juga telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung baru-baru ini dan banyak cadangan dan pandangan diutarakan akan diambilkira oleh ALK dalam memastikan kelancaran perjalanan dan aktiviti di masa akan datang.
Tema : "Berta'awun atas kebaikan dan ketaqwaan"
No comments:
Post a Comment