ARTIKEL

Terkini Dari Palestin

Serangan terkini regim zionis terhadap penduduk Islam Palestin Gaza bermula dengan serangan roket darat dan udara pada Selasa 13 November 2012 mensasarkan tempat-tempat awam, bangunan pentadbiran Kerajaan HAMAS dan juga rumah-rumah kediaman.Setakat 21 November, lebih kurang 120 orang telah terkorban akibat terkena bedilan bertali arus yang menghujani Bandar Gaza City dan kawasan pinggirannya.
Pihak HAMAS melalui sayap tenteranya Briged Ezzuddin El Qassam telah membalas dengan melancarkan hampir seribu roket yang turut mengenai bebarapa bangunan dan kawasan di Tel Aviv.Proses gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir dan pentadbiran Amerika telahpun berjalan di samping usaha-usaha yang digerakkan oleh Liga Arab yang berpusat di Kaherah.

Sumber : Aman Palestin 

No comments:

Post a Comment